Sunday, October 25, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.




Pasti ramai yang tengah survey nak sambung degree kat mana kan?
Jangan la kecewa sangat tak dapat IPTA tu. Belajar sama je mana mana pun awak.
Kos yang diorang tawarkan pun sama je.
Dah. Lap air mata tu. Buruk nampak tu. Haha (macam lawak)

Ni nak cerita pasal UniKL MiTEC je tau.
Universiti Kuala Lumpur kampus Pasir Gudang, Johor ni terletak dalam kawasan yang dikelilingi tempat belajar iaitu berhampiran Sekolah Seni Johor Bahru, MRSM Johor Bahru, dan UiTM Pasir Gudang ( jauh sikit).

Untuk kampus Pasir Gudang, ada enam (6)course yang ditawarkan :

  •   Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Facilities Maintenance Engineering (BFAME)
  •   Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Instrumentation and Control Engineering (BICE)
  •   Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Quality Engineering (BQE)
  •   Bachelor of Industrial Logistics (Hons.) (BIL)
  •   Diploma in Industrial Logistics (DIL)
  •   Diploma of Engineering Technology in Quality Engineering (DQE)
Biasanya, untuk kos BFAME, BICE, dan BQE dimonopoli oleh pelajar dari Matrik/ Asasi/ Diploma.
Untuk kos BIL, dimonopoli oleh pelajar dari tingkatan 6 dan diploma. Tapi ada je orang dari Matrik yang join BIL.
Bachelor in Logistic ni lebih kepada pengurusan penghantaran barang, eksport import, pengangkutan, dokumen, gudang, airport, seaport, kastam dan sebagainya. Tu yang ramai orang amik kos ini. Agak market lah dalam kalangan bidang tu. Korang jangan risau bab kerja. Banyak bidang kerja yang dapat korang masuk bila ada kos ni. Kau IPTA ke, kalau pointer hampeh, tak guna jugak. Dah, relaks je.

Dalam sudut kepimpinan pelajar pulak, ada organisasi yang dipanggil Student Representative Council (SRC). Mereka ni la yang jaga kebajikan pelajar untuk segenap lapisan. Dan satu lagi badan organisasi dipanggil RCC iaitu Residental College Committee. Diorang untuk bahagian kebajikan pelajar dalam asrama. 



Untuk bahagian pinjaman, seluruh UniKL adalah dibawah pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA). So jangan risau la. Tapi jangan terkejut pulak total pinjaman tersangat banyak. Weh, aku pinjam RM 94 ribu kot. Biasa lah. Nama pun IPTS. Nak murah, pi jauh jauh. 


Untuk sesi 2014, 

Kalau dapat 3.5 keatas, tak payah bayar
Kalau 3.0 keatas, bayar 10%

Kalau 2.50 keatas sepanjang sem( x sure), akan dapat surat amaran daripada pihak MARA.


Untuk yang baru masuk, boleh pilih nak buat EduLoan MARA. Sampai pinjam RM2000. Cukup la untuk tampung kos yuran RM 1XXX tu. Nanti da dapat pinjaman, dia akan potong RM100 setiap bulan. Tanpa faedah dia amik okay. 

Untuk pendaftaran, make sure korang datang awal. Tapi jangan terlalu awal sangat tau. Kang kena duduk level 1. Tak best. Korang datang jangan terlalu awal, jangan terlalu awal. Haha. Pandai pandai la bajet masa tu kan. Duk level 2 or level 3 baru best, ada view sikit kan kan. 

Untuk fasiliti, disini ada kemudahan kafeteria yang dibuka seawal 7 pagi sehingga 11 malam. Ada kedai komputer, kemudahan ATM CIMB Bank (amik duit saje). Dan semestinya, ada akses WiFi setiap tempat di cafeteria, library, dan tak lupa WiFi di asrama. Jangan risau sangat la pasal benda tu semua. Dan jangan lupa, korang tak perlu keluar untuk solat jumaat, sebab Surau di UniKL ni boleh jalankan solat jumaat. 

Bagi untuk duduk hostel, korang akan dapat bilik 2 atau 4 orang. Biasanya orang baru, akan dapat bilik 4. Korang akan disediakan satu almari, meja tulis, kerusi dan katil. Katil pakai katil kayu tau. Bukan katil besi yang sekali lompat, terus patah tu. Korang tak boleh masak dalam hostel. Bawak water heater dan iron, boleh. Korang jangan cari pasal. Kang barang kena rampas, menangis la. Lebih lebih lagi tu barang dari mak ayah korang dari rumah. Mau menangis wooo.

Dari sudut pemakaian, boleh berpakaian pakaian berkolar dan berkasut bagi lelaki dan pakaian yang sopan bagi perempuan. Tak kisah la pakai baju kurung ke, kasual ke, janji sesuai la. Korang nak pegi belajar kot. Tapi korang bila terjumpa para hijabister hijabister, korang senyum je la eh. hahaha.
Sekurangya, ada jugak penyejuk mata. Haaa jangan marah.


Tambahan, korang hanya berhak tinggal di Hostel asrama pada sem 1 je. Selepas tu, anda kena cari rumah sewa. Kalau nak duk dalam, korang kena aktif dalam aktiviti/ join kelab/ badan pemimpinan. Dan korang jangan frust plak kalau tak dapat. 

Itu sahaja rasanya untuk kali ini. Harap korang dapat membuka sedikit minda tentang UniKL MiTEC ini tau. Ni kasi overview je pasal UniKL MiTEC. Nak apa apa, boleh komen kat bawah. Tak nak kasi no fon sangat. Kang ganggu abang nak wsapp awek abang, Hahaha. Ok bai. 

Assalam semua.


























10 comments:

  1. Hi tuan blog yang comel dan readers semua! Hehe. Hi korang! SR dah habis belajar dekat UniKL Business School taw! Alhamdulillah. Bulan Oktober ni convo! Hehe. Nak tahu kisah perjalanan sepanjang belajar dekat UniKL Business School? Meh baca blog SR. Bonus: Pengalaman program pertukaran pelajar di Kozminski University, Poland (ERASMUS+/ISEM UNIKL)

    PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNIKL BUSINESS SCHOOL (KLIK DI SINI)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. kita sama batch rupanya. hahaha. sy pun. grad october 2018. Alhamdulillah.

      Delete
  2. assalamualaikum .. abang nak tanya yuran untuk degree industri logistik d unikl mitec brape ? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. total logistic 94k. tu termasuklah elaun mara bulan bulan, elaun alat tulis, semuaaa nya lah. tapi takde hal. bila da grad, korang bayar sikit jee. Mara sponsor banyak da nnti. janji pointer korang awesome.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. good entry dik..smoga trus brjaya...btw-akak jus nak share-kalau ade yg minat nak ambil diploma pendidikana kanak-kanak upsi-bole tru s berhubung dgn sis 011-16930576..sis guide..warkan ya mana tau ade nak..tq

    ReplyDelete
  5. Nak tanya betul ke admin unikltipupelajar.blogspot.com ni tulis? Sebab banyak kontroversi dia dedahkan pasal unikl ni

    ReplyDelete
  6. hi saya nak tanya, saya nak sambung degree accountancy di unikl miit so saya nak tanya bantuan sara hidup tu dapat setiap bulan or macam mana ? and berapa ya ? thankyouuu 😊

    ReplyDelete
  7. Klau nak duduk asrama lebih satu sem boleh ke?

    ReplyDelete
  8. Bro,anggaran pelajar dekat unikl mitec brp?

    ReplyDelete